salam.
Ini adalah sebuah kisah benar. Sebuah coretan kehidupan sepetang seorang guru biasa.
Masa: 5.10-6.15 petang
Tempat: kelas Peralihan 1
Yang terlibat: 25 orang pelajar + seorang guru.
Mata pelajaran diajar: Bahasa Melayu (peralihan)
_______________________________
Pukul 5.10 minit petang. Jam loceng berbunyi. Sekejap. Hari ini jadual mengajar saya agak penuh. Jadual waktu yang ditampal di depan meja, saya kilas sekali imbas.Oh Peralihan 1. Kelas wajib yang setiap hari mesti saya masuk untuk mengajar. 12 waktu. 5 kali seminggu. Kelas aktif sepanjang masa.
Tangga saya pijak perlahan-lahan. Malas, tidak perlu kelam kabut untuk menuju ke kelas Peralihan 1 ditingkat 3. Ada 5 lagi anak tangga perlu saya daki, saya lihat kelibat Lee Wei Xian berserta jeritan. " Laoshi lai!!" ( cikgu datang).
Zub zap zub zap, kedengaran bunyi pelajar masuk ke dalam kelas. Fon Poh Keong yang entah dari mana, tiba- tiba terus datang berdiri dikerusi nya. H'ng Wei Hoe mengusik Jing Hui. Ooi Chuah Jau menjerit menyuruh pelajar-pelajar yang lain berdiri ke tempat masing-masing. Ling Guan Yen cepat-cepat ke tempatnya setelah saya pandang dirinya dengan pandangan tajam lalu menuding jari ke arah kerusi meja asalnya. Beberapa orang pelajar datang kearah saya sambil membawa kad biru bersaiz kecil ( kad tandas) untuk meminta izin ke tandas. Saya geleng kepala lalu mengarahkan mereka ketempat masing-masing. Nicole hentak-hentak kaki, Fon keong sudah mula masam. Tak banyak cakap, saya belek buku kawalan kelas berwarna biru itu lalu mengeluarkan pen berwarna hitam.
Zup Zap Zub Zap. Semua pelajar berlari kedudukan masing-masing. Suasana yang bising menjadi sunyi seketika.Saya mengangguk kepala kearah Mugilishwaran sebagai isyarat. Lalu Mugilishwaran pun berkata
Selamat sejahtera cikgu!!
Selamat sejahtera cikgu ~~
Semula!!
Selamat Sejahtera cikgu!!
Selamat Sejahtera cikgu!!
Selamat Sejahtera kelas, Boleh duduk sekarang.
MISI 1: BERJAYA!
"Baiklah, sila keluarkan buku tatabahasa 2dan b uku teks kamu. Hari ini kita akan belajar lagi mengenai kata seru". TATABAHASA 2, KATA SERU tertulis dipapan hitam
' cikgu, buku apa?'
'Buku tatabahasa 2'
Jalan-jalan disekitar kelas. Hng Wei Hoe mula mengacau rakan disebelah. Saya datang pada Hng Wei Hoe.
"keluarkan buku cepat!!"
"Aiyak cikgu, nanti saya keluar la".
" Sekarang!!........Hng wei Hoe budak pandai, cepat keluarkan buku~~ "
"Ala, saya malas ma. Saya bodoh ma."
"Tak ada siapa yang bodoh. Hanya orang yang malas sahaja bodoh. Pelajar kelas peralihan 1 semuanya pandai-pandai "
Fon keong mengulang apa yang saya ucapkan: "Pelajar kelas peralihan 1 semuanya pandai-pandai."
"haiya!! Awak cakap cakap cakap ma. Banyak cakap!" Kemudian Kelas menjadi bising semula. Ling Guan Ying mula berdiri lalu belakang. Untuk duduk disebelah Teo Jing Ming.
Duduk tempat kamu! LING GUAN YEAN!!
haiya cikgu, saya janji tada bising ma!
'Saya berjanji tidak akan buat bising' Kata saya membetulkan susunan ayat Ling Guan Yean.' Ikut cepat!'
'Saya berjanji tidak akan buat bising'.
' Bagus!. Kalau kamu bising , saya tulis nama kamu dalam buku kawalan kelas.
'cikgu cepat tulis dekat papan hitam!!' Terdengar suara Aw Cai En.
Saya menuju ke hadapan kelas. Kin Hoe sudah berada dimeja paling hadapan. Berkongsi kerusi dengan Kah Chon.
"Kin Hoe duduk tempat kamu!!"
" saya mahu duduk sini cikgu, sana tada nampak'
" apa nya yang tak nampak, kalau Fon Keong dan Hng Wei Hoe yang duduk dibelakang kamu pun boleh nampak, kenapa pulak kamu tak nampak'
"cikgu dia tada pakai cermin mata"sampuk Aw Cai En.
Kin Hoe tersenggih. Bila keadaan sudah mula terkawal, saya tulis latihan di papan hitam. Menerangkan kata seru sambil memberikan beberapa contoh ayat yang mudah difahami.
" Ok, salin semua'
" cikgu, ini mahu sambung ka?"
" cikgu , tarikh hari ini?, hari ini apa?"
" cikgu, lai lai lai" ( sambil melambai-lambaikan tangannya untuk menuju ke tempat nya.
" cikgu , jawapan ini betul tak?"
"cikgu! kepala Mugilish besar, saya tada nampak"
" excusu me cikgu"
" ExcuSE me"
" Cikgu, tengok Hng Wei Hoe"
" Abraham, mana buku kamu!, cepat tulis"
" Cikgu! dah siap"
" cikgu,saya mahu pergi tandas"
Sok sek sok sek
DIAM!! jangan bercakap. Buat kerja!!
" Baiklah, sekarang buka buku teks muka surat 84" kata saya sambil menulis huruf 84 dipapan hitam.
Tiba-tiba Aw Cai En ketawa kuat. Lalu bergerak ke tempat Nicole dan Tan Mei Yin.
" AW CAI EN~"
" sekejap cikgu sekejap, haha".
Lalu ditunjukkan muka surat 82 kepada mereka berdua. Jelas terdengar suara pelajar bertiga itu ketawa. Rakan-rakan mereka yang lain bertanya-tanya dalam bahasa mandarin yang saya kurang jelas maksudnya. Kemudian, mereka menyelak muka surat dimaksudkan. Berderai ketawa semuanya.
Ini bapak Tan Mei Yin cikgu!!Hahaha.
Tan Mei Yin tidak puas hati, lalu mengejek Aw Cai En kembali,
ini bapak Aw Cai En cikgu!!!!.
Saya belek muka surat yang dimaksudkan.
Bapak Tan Mei Yin yang dimaksudkan itu adalah Datuk Azhar Mansor. Manakala bapak Aw Cai En yang dimaksudkan itu adalah datuk Abdul Malik Maidin.
" kelas, ini bukan bapak Tan Mei Yin. Nama beliau ialah datuk Azhar Mansor. Beliau telah mengharumkan nama negara dengan berlayar ke seluruh dunia" ujar saya sambil menunjukkan gambar Datuk Azhar Mansor yang memiliki rambut seperti Albert Einstein itu. Budak-budak ini gelak mungkin disebabkan style rambut beliau agaknya. ( Dato, if u read this, Please accept my apologizes . They are just too young)
" dan ini , adalah Datuk Abdul Malik Maidin, bukan bapak Aw Cai En. Beliau telah berjaya menyeberangi Selat Inggeris pada 3 Ogos 2003" . fakta dalam buku teks itu saya baca dengan suara yang kuat.
' cikgu, saya juga datuk!' Jing Hui tiba-tiba bersuara.
" sudah, siapkan kerja semua"
" cikgu, saya dah siap'
" cikgu saya mahu ke tandas'
" cikgu, ini dia cerita hantu dekat saya'
sok sek sek sok sek
" cikgu, saya mahu pergi PJ"
" Cikgu, ini betul ka?'
6.05 petang.
"Okey semua, siapa yang sudah siap, boleh tunjuk dekat saya dan boleh turun bawah untuk pergi PJ."
Yang sudah siap kerja, terus menunjukkan buku tatabahasa 2 mereka kepada saya, yang masih menulis, berusaha menyiapkan dan menulis dengan laju-laju. Yang tidak tahu jawapan, cuba sorok-sorok meminjam buku rakan dan menyalin jawapan. Pelajar beransur keluar dan berkurangan didalam kelas. Saya keluar hinggalah pelajar terakhir menyerahkan buku nya kepada saya.
kemas buku, masukkan kerusi kedalam meja. Tutup kipas, berjalan ke bilik guru. Duduk ditempat sendiri. WAh , penatnya!! cepatlah 6.45 petang.
MISI 2: ...........................
Ps: jadi kini anda sudah tahukan kenapa para cikgu amat memerlukan cuti yang banyak dan panjang.