Sunday, May 7, 2017

Sponsor

Salam

2016

Tahun lepas, sewaktu diwujudkan kelas abad ke 21, kelas 5PA terpilih. Kelas itu berhawa dingin. Diberi sedikit kemudahan melebihi kelas lain oleh pihak sekolah.

Saya kira murid kelas saya sedikit cemburu. Kelas hadapan, tapi mereka tidak ditawarkan kemudahan yang sama. Inikan rezeki. Setiap manusia, rezeki berbeza-beza.

Mereka  meluahkan dan bertanya. Saya hanya merasionalkan.

Masih dalam lipatan ingatan, dengan nada berjenaka saya katakan usahalah cari sponsor sendiri supaya dapat kemudahan yang sama.

2017

Tahun ini, kelas kami berpindah ke bangunan belakang. Bilik itu besar dan ada bilik kecil yang sesuai untuk dijadikan bilik solat.

Hari itu secara rawak, saya menaip dalam group whatapp kelas

" nanti cuba tanya parent korang"

Space

" ada sesiapa mahu  beramal jariah?"

Space

" banyak pahala, amalan boleh dibawa mati ni"

Space

" sponsorlah ekon"

Beberapa minggu kemudian,

kelas kami bukan sahaja ada penghawa dingin, malah dapat lebih dari itu.
Terima kasih pada para penyumbang. Dalam doa, saya mohon dari ilahi supaya kalian sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia akhirat.

Best Blogger Tips

Thursday, January 14, 2016

duit


Kawan aku cerita. Cerita dia macam gini la lebih kurang:

__________________________________________________________

" Ha , siapa boleh jawab, angkat tangan"

Jawapan sepi. Ada menunduk bisu. Reaksi berkadar negatif. Aman damai seketika suasana dunia.

Lantas dompet dibuka. Not Ringgit dikeluarkan dan dikibas kibas.

" Ha, siapa boleh jawab, angkat tangan"

"Saya cikgu !" "saya" "saya" "saya"

genius secara tiba-tiba agaknya.

* pesanan penaja: The power of MONEY. Kalau ikut Teori Sosial Vygotsky.  Budaya masyarakat mempengaruhi perkembangan sahsiah individivu muda. Best Blogger Tips